Peranan Jawatankuasa kebajikan dan Khairiat Kematian PDF Print E-mail
Written by Hj A.Aziz Mustapha   
Wednesday, 13 May 2009 09:13

Jawatankuasa Kebajikan dan Khairat Kematian


Di antara tanggungjwab JK ini adalah:


  • menguruskan jenazah bermula daripada memandikan jenazah hingga pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.


  • Mengendalikan khairat kematian melalui sistem takaful berkelompok dengan Bank Islam Malaysia.


  • Menghulur bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, saudara baru dan ibu-ibu tunggal terutamanya semasa menyambut Aidil Fitri . Mengagihkan daging qurban pada Hari Raya Aidiladha.


  • Menyebar maklumat dan mengadakan penerangan keperluan-keperluan masyarakat Islam setempat seperti mengadakan penerangan mengenai penulisah wasiah dan pembahagian harta peninggalan.



Pengurusan Jenazah


Surau AlRahmah dibina lengkap dengan bilik dan kelengkapan memandikan jenazah. Dengan itu adalah disyorkan jika berlaku kematian di qariah ini, maka jenazah di mandikan dan dikafankan di surau. Kita mempunyai ahli jemaah yang sedia melakukan tugas-tugas tersebut. Walaubagaimanapun adalah digalakkan waris simati yang terdekat membantu melakukan kerja-kerja berkenaan.


Bagi pengurusan jenazah (mandi, solat, pengebumian dan talqin) Surau AlRahmah menganggarkan perbelanjaan berjumlah RM650.00 bagi setiap jenazah. Kos ini adalah untuk menampung beberapa keperluan dan sumbangan kepada sukarelawaan yang terlibat. Namun begitu bagi waris yang benar-benar tidak berkemampuan, pihak surau tidaklah memaksa keseluruhan jumlah tersebut dan pihak surau masih tetap akan menguruskan jenazah sehingga selesai.


Pecahan jumlah yang dikenakan adalah seperti berikut:



Tugasan

Bayaran



Memandikan jenazah

RM150.00

Ikhlas


Mengkafankan jenazah

RM100.00

Ikhlas


Peralatan dan keperluan mandi dan mengkafankan jenazah

RM150.00

Tetap


Mengimamkan solat jenazah dan menyampaikan talqin

RM50.00

Ikhlas


Bayaran mengguna van jenazah kepada MBSA

RM20.00

Tetap


Bayaran liang lahad (kubur) kepada MBSA

RM80.00

Tetap


Sumbangan kepada pemandu van, pemandu jentolak dan 2 penggali kubur

(4 orang)

RM100.00

Ikhlas tetapi disyorkan






Jumlah

RM650.00


 



Takaful Khairat (secara berkelompok)


Tidak seperti sistem khairat kematian secara tradisional, sistem Takaful Khairat secara berkelompok ini dikendalikan oleh Bank Islam dan seperti mana sistem takaful, setiap ahli diperlukan membuat bayaran premium (sekali setahun). Buat masa ini jumlah yang dikenakan adalah sebanyak RM24.00 bagi satu keluarga yang terdiri daripada ahli (samada suami atau isteri), pasangan dan anak yang berusia 15 hari hingga 19 tahun atau 25 tahun jika masih menuntut di IPT.


Keistimewaan sistem Takaful Khairat ini ialah ianya menjanjikan pambayaran berjumlah RM1,500.00 kepada waris apabila berlaku kematian, ditambah dengan RM500.00 untuk belanja pengebumian.


Polisi yang sedang aktif masakini mempunyai ahli seramai 45 keluarga dan akan tamat perlindungannya pada bulan September 2009.


Semua jemaah adalah digalakkan untuk menyertai sistem Takaful Khairat ini. Sebagaimana semua makhlluk Allah yang tidak kekal selamanya, kita tidak tahu bila kita akan kembali kepadanya. Jangan sekali-kali kita menyangka yang tua itu atau yang sakit itu akan pergi dahulu dari kita. Dengan menjadi Ahli Khairat Kematian kesulitan (dalam bentuk perbelanjaan) bagi menguruskan jenazah insyaAllah akan dapat di atasi.

Last Updated on Wednesday, 13 May 2009 09:18
 

Kalendar

September 2010 October 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3 4
Week 36 5 6 7 8 9 10 11
Week 37 12 13 14 15 16 17 18
Week 38 19 20 21 22 23 24 25
Week 39 26 27 28 29 30

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Add New Event